Lakukan setiap hari... 
Waktu terbaik adalah pada 2/3 malam.
Tetapi jika tak mampu, bila-bila pun boleh...

[Bahagian 1: Buka jalur komunikasi dengan Allah]
  • Ta'awuz, Bismillah, Istigfar, Syahadah, Selawat
  • Doa: Ya Allah Ya Rabbi, terimalah bacaan surah al-Fatihah ini, dan kurniakanlah kepada ku rahmatMu. Amin.
  • Kemudian baca surah al-Fatihah dengan keadaan seolah-olah betul-betul berhadapan dengan Allah.

[Bahagian 2: Menggerakkan diri batin]
  • Ta'awuz dan Bismillah
  • Doa: 
  • Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, Ya Allah Ya Rabbi, hamba bermohon kepadaMu,
  • sambungkanlah jiwa dan raga hamba, dengan kesemua kejahatan dan kebatilan zahir mahupun batin yang menganggu dirku,
  • juga sambungkanlah dengan kesemua pelindung yang melindungi mereka,
  • juga sambungkanlah dengan kesemua punca kuasa yang menjadi sumber kekuatan mereka.
  • Dan sampaikanlah Ya Allah, bacaan al-Quran yang hamba akan bacakan kepada kesemua mereka, walau di mana sahaja mereka berada.
  • Ya Allah Ya Rabbi, musnah dan lenyapkanlah segala pelindung mereka,
  • Ya Allah Ya Rabbi musnah dan lenyapkanlah segala punca kuasa mereka,
  • Ya Allah Ya Rabbi musnah dan lenyapkanlah kesemua mereka.
  • Ya Allah Ya Rabbi, demi kasih sayangMu, kurniakanlah kepada diri hamba, kesempurnaan kesihatan dari sisiMu,
  • Allah Allah Allah kunfayakun, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Allah - ulang 3x
  • Amin

[Bahagian 3: Baca Ruqyah]
  • Ta'awuz 3x
  • Bismillah 3x
  • Baca al-Quran bermula dari surah al-Fatihah, disambung dengan surah al-Baqarah.
  • Boleh baca di dalam 7 pecahan selama 7 hari. 
  • Atau 3 pecahan di selama 3 hari 
  • Atau kalau mampu boleh habiskan terus (tapi saya pun tak mampu)
  • Allah Allah Allah kunfayakun, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Bismillahi Allahu Akbar, Allah - ulang 3x
  • Amin
  • Tiup pada tapak tangan, kemudian usap kepada seluruh badan. Niatnya bukan menyapu pada badan sendiri sahaja, tetapi juga menyapu kepada kesemua sumber kejahatan dan kebatilan, walau di mana sahaja mereka berada.

Nota:
Kejahatan merujuk kepada pelaku. yakni jin ataupun manusia.
Kebatilan merujuk kepada segala senjata, mahupun perkakasan mereka.