Pernah tak buat pembentangan di hadapan penonton (audience)? Mungkin dengan powerpoint, Prezi, Mindomo atau sebagainya.

Menulis bahan untuk pembentangan, mempunyai beberapa perbezaan dengan menulis laporan biasa yang tidak memerlukan pembentangan.

Antaranya yang paling ketara ialah, di dalam pembentangan, penonton (audience) hanya mempunyai beberapa saat untuk memahami setiap "slide" yang ditunjukkan. Tetapi sungguhpun begitu, kita berpeluang untuk menerangkan secara berhadapan dengan penonton.

Bertentangan dengan itu, untuk laporan biasa pembaca mempunyai masa yang banyak untuk memahami isinya. Tetapi kita pula tidak berpeluang untuk menerangkan secara berhadapan dengan pembaca.

Dua situasi yang berbeza bukan?

Oleh kerana itu, sudah tentunya teknik penulisan untuk sesebuah pembentangan jauh berbeza dengan teknik penulisan laporan biasa.

Ada 9 tips untuk menulis bahan pembentangan yang berkesan.

1. Fikirkan dahulu apa yang kita mahu penonton faham dan rancang bagaimana hendak memahamkan mereka

Bagaimana penonton akan faham pembentangan, kalau kita sendiri tidak jelas dengan apa yang kita mahu mereka faham. Setuju tak?

Pertama-tama sekali, tuliskan di atas kertas apa matlamat akhir pembentangan kita. Setelah itu tuliskan langkah demi langkah perkara yang harus diterangkan supaya matlamat akhir dapat difahami.

2. Susun tajuk "slide" mengikut rancangan di dalam langkah 1.

Setelah itu, jika menggunakan perisian powerpoint, buat satu "slide" untuk setiap langkah-langkah yang telah kita susun.

Lebih baik lagi jika di mukasurat kedua, kita tuliskan isi kandungan pembentangan itu. Muka surat pertama biasanya cuma ditulis jodol besar pembentangan.

Langkah ini akan memudahkan apabila kita mula menulis. Jika sesuatu langkah perlu diterangkan di dalam lebih dari satu "slide", kita boleh pecahkan kepada beberapa mukasurat seperti di bawah:
  • Mengapa projek ini patut dilakukan...1
  • Mengapa projek ini patut dilakukan...2
  • Mengapa projek ini patut dilakukan...3

3. Pastikan "slide" dapat dilihat dengan jelas.

Gunakan jenis font, saiz font dan warna latarbelakang yang sesuai. 
Tiada saiz font muktamad yang mesti kita gunakan. Saiz font perlu disesuaikan dengan jenis font.

Yang penting lihat sendiri, dan pastikan perkataan yang ditulis dapat dilihat dengan jelas.

Elakan menggunakan font yang terlalu berbunga-bunga.

4. Jangan buat karangan, tulis "keyword" sahaja

Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah kita sering menulis sebanyak-banyaknya di dalam setiap slide. Ingat, penonton hanya ada beberapa saat sahaja untuk memahami apa yang dilihat. 

Jika boleh, tulis cuma "keyword" sahaja. Jangan risau kerana, kita ada dihadapan penonton untuk menerangkan apa yang dimaksudkan oleh "keyword" tersebut.

Kalau pun masih terpaksa menulis ayat-ayat, "highlight" kan "keyword" di dalam setiap ayat.

5. Kurangkan perkataan, gunakan grafik dan jadual

Yang terlebih baik lagi ialah gunakan grafik dan jadual berbanding perenggan-perenggan.

Manusia lebih cepat memahami grafik berbanding dengan perkataan. Memandangkan masa untuk memahamkan penonton adalah beberapa saat sahaja, gunakan grafik sebanyak yang mungkin berbanding dengan perkataan. 

6. Gunakan perkataan yang boleh difahami oleh penonton anda. 

Mengenali penonton juga sangat penting. Kita mungkin seorang jurutera yang hebat. Tetapi penonton kita mungkin datang dari jurusan akaun misalnya. 

Jadi adalah bijak menggunakan perkataan yang boleh difahami oleh penonton. 

Ingat! Sessi pembentangan adalah sessi untuk memahamkan penonton. Bukan sessi untuk menunjukkan kehebatan teknikal kita.

7. Jika membuat perbandingan, tunjukkan di dalam "slide" yang sama.

Jika kita mahu membuat perbandingan di antara 2 perkara, pastikan perbandingan di buat di dalam muka surat yang sama.

Penonton sukar untuk faham, jika perbandingan di tulis pada muka surat yang berlainan.

8. Gunakan "animation" untuk memberi kefahaman, bukan untuk mencantikan pembentangan. 

Akhir sekali gunakanlah fungsi "animation" dengan bijak. Fungsi "animation" adalah untuk memudahkan kefahaman, bukan untuk mencantikkan pembentangan kita.

Sebagai contoh, gunakan "animation" untuk menunjukkan satu demi satu poin yang hendak kita terangkan. 

Bukannya menjadikan pembentangan kita seolah-olah sebuah cerita animasi. Lainlah kalau kita memang sedang membuat pembentangan tentang animasi :)

Jika memerlukan servis mengolah laporan kepada bahan pembentangan, sila hubungi kami:

Ghostwriter Abizaki:
https://hi.jomwasap.my/KerjaPenulisan

Juga menawarkan servis-servis seperti di bawah:
• Penulisan Artikel
• Entri blog
• Alihbahasa dokumen (Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun)
• Menulis post pendek untuk FB
• Penulisan manuskrip buku
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
https://hi.jomwasap.my/KerjaPenulisan